PERINGATAN JIBRIL A.S. MENGENAI
NERAKA JAHANAM
YAZID Arraqqasyi
dari Anas bin Malik a.s. Berkata:
Malaikat Jibril a.s. datang
kepada Nabi s.a.w. pada
waktu yang ia
tidak biasa datang
dalam keadaan berubah
mukanya, maka ditanya
oleh Nabi s.a.w.:”Mengapa aku
melihat kau berubah
muka?” Jawabnya: Ya
Muhammad, aku datang
kepadamu di saat Allah Menyuruh
supaya dibarkan penyalaan
api neraka, maka
tidak layak bagi
orang yang mengetahui
bahawa neraka Jahanam
itu benar, dan
seksa kubur itu
benar, dan seksa
Allah itu benar
untuk bersuka-suka sebelum
ia merasa aman
daripadanya: Lalu Nabi
s.a.w. Bersabda: “Ya Jibril,
Jelaskan padaku sifat Jahanam.”
Jawabnya: Ketika Allah
menjadikan Jahanam, maka
dinyalakan selama serbu
tahun, sehingga merah,
Kemudian dilanjutkan seribu tahun
sehingga putih, Kemudian
seribu tahun sehingga
hitam, maka ia
hitam gelap, tidak
pernah padam nyala
dan baranya. Demi
Allah yang mengutus
engkan dengan hak,
andaikan terbuka sebesar
lubang jarum nescaya
akan dapat membakar
penduduk dunia semuanya
kerana panasnya.Demi Allah
yang mengutus engkau
dengan hak, andaikan satu
baju ahli neraka
itu digantung di
antara langit dan
bumi nescaya akan
mati penduduk bumi
kerana panas dan
bahangnya. Demi Allah yang mengutus
engkau dengan hak, andaikan
satu pergelangan dari
rantai yang disebut
dalam Al-Quran itu
diletakkan di atas
bukit, nescaya akan cair
sampai ke bawah bumi yang
ke tujuh. Demi
Allah yang mengutus
engkau dengan hak,
andaikan seorang di
hujung barat terseksa,
nescaya akan terbakar
orang-orang yang di
hujung timur kerana
sangat panasnya. Jahannam
itu sangat dalam
dan perhiasannya besi,
dan minumannya ari
panas campur nanah,
dan pakaiannya. Potongan-potongan
api. Api
neraka itu ada
tujut pintu, tiap-tiap
pintu ada bahagiannya
yang tertentu dari
orang lelaki dan
perempuan.” Nabi s.a.w. Bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan
pintu-pintu rumah kami?” Jawabnya: Tidak
tetapi selalu terbuka,
setengahnya di bawah
dari lainnya, dari
pintu ke pintu
jarak perjalanan 70,000
tahun, tiap pintu
lebih panas dari
yang lain 70
kali ganda(iaitu yang
lebih bawah lebih
panas).” Tanya Rasulullah s.a.w.: “Siapakah penduduk masing-masing pintu?”
Jawab Jibril: “pintu
yang terbawah untuk
orang-orang munafik, dan orang-orang
yang kafir setelah
diturunkan hidangan mukjizat
Nabi Isa a.s. Sertakeluarga Firaun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin
bernama Jahim. Pintu ketiga tempat orang
shobi’in bernama Saqar. Pintu ke
empat tempat Iblis
dan pengikutnya dari
kaum majusi bernama
Ladha. Pintu kelima orang Yahudi
bernama Huthomah. Pintu keenam tempat
orang Nasara bernama Sa’eir.” Kemudian
Jibrail diam segan pada Rasulullah
s.a.w. Sehingga ditanya: mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu Ke
tujuh?” Jawabnya: “Di dalamnya
orang-orang yang berdosa
besar dari umatmu
yang sampai mati
belum sempat bertaubat.”
Maka Nabi s.a.w.
jatuh pengsan mendendar
Keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan
kepala Nabi s.a.w.
di pangkuannya sehingga
sedar kambali dan
sesudah sedar Nabi
s.a.w. bersabda: Ya
Jibril, sungguh besar kerisauanku
dan sangat sedihku,
apakah ada seorang
dari umatku yang
akan masuk ke
dalam neraka?” Jawabnya: Ya,
iaitu orang yang berdosa besar dari umatmu.” Kemudian Nabi s.a.w. Menangis, Jibril Juga menangis, kemudian Nabi
s.a.w. masuk ke
dalam rumahnya dan
tidak keluar kecuali
untuk sembahyang Kemudian
kembali dan tidak
berbicara dengan orang dan
bila sembahyang selalu
menangis dan berdoa
kepada Allah. Dari
Hadis Qudsi: Bagaimana
kamu masih boleh
melakukan maksiat sedangkan
kamu tidak dapat
bertahan dengan panasnya
terik Matahariku. Tahukah kamu
bahwa neraka jahanamku itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat.
2. Setiap tingkat
mempunyai 70,000 daerah.
3. Setiap dearah
mempunyai 70,000 kampung.
4. Setiap
kampung mempunyai 70,000 rumah.
5. Setiap
rumah mempunyai 70,000 bilik.
6. Setiap
bilik mempunyai 70,000 kotak.
7. Setiap
kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum.
8.Di bawah
setiap pokok zarqum
mempunyai 70,000 ekor
ular.
9.Di dalam
mulut setiap ular
yang panjang 70
hasta mengandungi lautan
racun yang hitam
pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai.
11. Setiap
rantai diseret oleh 70,000 malaikat Nastaghfirullah.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai.