REKA BENTUK
PENGENALAN
•Merupakan karya seni visual dua di mensi yang menggabungkan unsur tipografi, ilustrasi, warna dan reka letakFungsi ilustrasi
•Menggambarkan
dekoratif
•Memberikan maklumat
•Menyampaikan komentar
Contoh reka bentuk grafik ialah
1. Logo
•Pengenalan atau identiti sebuah organisasi
•Terdiri daripada logo representas, logo huruf, logo simbol dan logo gabungan.
2. Poster
•Mengandungi ilustrasi, huruf, dan warna.
•Dipamerkan di tempat awam untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.
3. Simbol
•Hasil olahan rupa manusia, haiwan dan objek alam sekeliling.
•Media pemberitahuan tanpa menggunakan perkataan
.
4. Papan Iklan
•Didirikan di tepi jalan raya, sekeliling bulatan jalan dan tempat stategik.
•Bertujuan mempromosikan barangan dan perkhidmatan.
5. Iklan Transit
•Iklan yang terdapat pada dinding kenderaan awam dan perdagangan
•Iklan ‘ bergerak ‘ dari satu tempat ke tempat lain
.
6. Pembungkusan
•Bahan kertas yang menyaluti sesuatu barangan.
•Mengandungi ilustrasi, tipografi dan warna.
Ciri-ciri Ilustrasi
•Kemantapan dan kehalusan gaya melukis
•Keaslian karya
•Reka letak yang menarik
•Imej yang jelas dapat di sampaikan kepada pelanggan
•Penggunaan alat dan bahan yang betul
•Kreativiti
•Boleh mempengaruhi perasaan pelanggan
•Kesesuaian antara ilustrasi dan teks.
Jenis-jenis ilustrasi
•Ilustrasi fesyen
•Ilustrasi alam
•Ilustrasi perubatan
•Ilustrasi teknikal
•Ilustrasi untuk maklumat
•Ilustrasi penerbitan
•Ilustrasi perindustrian
Ilustrasi fesyen
•Mementingkan rekaan pakaian
•Ketelitian dan kehalusan pada rekaan pakaian
•Lukisan figuratif tidak begitu di pentingkan, yang diutamakan ialah gaya fesyen pakaian tersebut.
Ilustrasi alam
•Menggambarkan
alam dengan teknik lukisan dan catan
•Tujuan
adalah merakamkan gambaran alam yang sebenar, termasuklah gambar-gambar sejarah , tumbuh-tumbuhan, serangga dan haiwan.
•Memperlihatkan gambaran alam semulajadi yang menarik
.
Ilustrasi teknikal
•Bertujuan
untuk mengkaji dan menghasilkan reka bentuk hasil ciptaan industri
•Mementingkan penggunaan unsur-unsur garisan geometri di samping skala pengiraan nisbah yang tepat
Ilustrasi perubatan
•Sebelum
revolusi perindustrian, kajian tubuh badan manusia dilakukan oleh pelukis-pelukis melalui ilustrasi yang dikenali sebagai kajian anatomi
•Melalui ilustrasi ini, doktor dapat mengkaji dan melihat organ-organ dalam dan luar tubuh manusia untuk keperluan bidang perubatan
Ilustrasi untuk maklumat
•Digunakan
untuk memberikan maklumat kepada pelanggan
•Contoh peta, carta organisasi, carta pai, graf, jadual, peta aliran dan sebagainya
Ilustrasi penerbitan
•Wujud
dalam cerpen, akhbar dan majalah, kulit buku, menerangkan teks, ilustrasi dan risalah dan sebagainya
Ilustrasi perindustrian
•Merupakan
gambaran idea terhadap reka bentuk yang akan dihasilkan oleh pereka
•Ilustrasi ini mempunyai hubungkait dengan ilustrasi teknikal, misalnya industri pengeluaran perabot dan automobil