Isnin, 11 Januari 2016

Jalinan ( PSV )

Unsur Seni - Jalinan
BAB 4 JALINAN

A. Pengenalan

Difinisi
 Jalinan ialah sifat permukaan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek dan boleh dikesan secara penglihatan (tampak) atau sentuhan.

Jalinan terdapat pada permukaan objek alam sekeliling dan juga objek buatan manusia.
Setiap jalinan mempunyai fungsi dan nilainya yang tersendiri.

B.
Jenis-jenis Jalinan
Jalinan terbahagi kepada 2 jenis iaitu jalinan

bil
 Jenis
Penerangan
Contoh
Teknik menghasilkan
1.



Sentuh
jalinan yang dapat dikesan melalui deria sentuhan
permukaan tayar kereta, tapak kasut, kulit buah
durian, kulit kayu, permukaan jalan raya dan sebagainya
Kesan corak jalinan sentuh boleh dipindahkan menjadi jalinan
tampak dalam bentuk 2 dimensi (2D) melalui teknik gosokan
atau capan.

2.
Jalinan tampak
 jalinan yang hanya dapat dilihat, tetapi tidak dapat dirasai
secara sentuhan.
Corak pada sayap rama-rama, kulit tembikai, gambar foto, cengkerang telur burung





 FUNGSI JALINAN

Benda alam sekeliling
Objek
Fungsi
Nilai estetik
Sarang labah-labah
Memerangkap serangga kecil untuk di jadikan makanan
Garisan yang berpusing dan berlengkar akan menimbulkan kesan ruang yang menarik.
Kuda belang
Mudah bersembunyi di kawasan semak apabila di kejar oleh musuh.
Belangnya yang berwarna hitam putih menjadikannya seekor binatang yang istimewa.
Corak sayap rama-rama
Menarik perhatian pasangannya dan melindungi daripada musuh.
Corak sayapnya yang pelbagai warna menghasilkan corak yang menarik.
Tapak kasut
Dapat mengcengkam jalan supaya tidak mudah tergelincir.
Jalinan yang bercorak dapat menarik perhatian pengguna.
Tuala mandi
Menambahkan daya serapan air.
Jalinan menimbulkan pelbagai rentak corak.
Bakul rotan
Supaya dapat bertahan lama
Garisan yang rapat dan tersusun menghasilkan corak yang berseni.
Mangkuk kaca
Untuk hiasan dan mengcengkam supaya tidak mudah tergelincir daripada pegangan tangan.
Jalinan yang menyerupai ukiran menimbulkan kesan pembalikan cahaya yang menarik.




 APLIKASI JALINAN DALAM SENI VISUAL.

1.      Teknik menghasilkan jalinan sentuh.



JALINAN SENTUH
Kolaj
Sulaman
Catan impasto
Tekanan pada objek yang menggandungi jalinan pada tanah liat.
Tenunan daripada tali , benang



2.      Teknik menghasilkan jalinan tampak.



JALINAN TAMPAK
Renjis
Pualaman
Titisan warna pada kertas yang basah
Mencorak kertas dengan benang
Mengecap dengan bahan tumbuhan seperti sayuran
Teknik batik ikat dan celup