JAM TANGAN
Pada hari isnin yang lalu, saya pergi ke " SERRAY". Dalam SERRAY tu terdapat sebuah kedai jam. Saya masuk untuk membeli sebuah jam tangan baharu, berjam-jam saya pusing barulah saya terjumpa jam yang berwarna pink ataupun merah jambu dalam Bahasa Melayu.(LOL).
Bermanik-manik lagitu........ Lepas bayar saya menggunakan jam tersebut. Selepas keluar dari SERRAY saya penat dan hendak pulang ke rumah..... Jalan punya jalan, tiba-tiba ada pula " PRINCESS"(anjing) kejar saya. Saya tahulah saya glamer.....Ndak payahlah mahu kejar saya....(BUAT PENAT SAYA JAK).
Bila sampai saya sampai di rumah, baru saya perasan yang jam saya yang warna pink tu hilang..... Lepas tu saya melihat diluar tingkap.... Punyalah bahagia betul yu anjing jilit-jilat dan gigit tu jam saya. Pusing-pusing satu rumah saya lagi tu. Nasib baik saya bukan seekor anjing..... Kalau tidak, lama sudah saya bawa yu anjing bergaduh pasal tu jam....( TERUS SAYA NAMPAK TU ANJING MACAM SENYUM. BUAT PANAS BETUL!!!!!).
Pada keesokkan paginya, awal betul saya bangun. Kira-kira jam 5.30 pagi. Fuh!! Bangun-bangun saya terus pergi luar untuk mencari jam berwarna pink tu. Pusing punya pusing akhirnya, jumpa juga.Walaupun pada hari itu saya selesema, tapi saya tetap happy.( HAPPY LAH SANGAT).
Walaupun saya selesema saya pergi ke sekolah dan menggunakan jam berwarna pink tu. Pada jam 7.30 pagi saya masuk kelas. Bila saya mahu kelas, semua orang memandang saya. Sejak kejadian kelmari yang anjing memandang saya tu, ndak sangka pula kawan-kawan di kelas pun boleh terjangkit. Huh!!. Nilah, susah betul jadi orang popular.... Mentang-mentanglah saya selesema. Tapi ndak palah........
Bila saya duduk ditempat duduk saya, semua orang jauh-jauh dari saya. Saya tulah saya selesema...Nasib baik ada seorang kawan baik saya ni datang dekat. Lepas tu , dia bisik dekat saya. ( " BAU TAHI OH KAU " ). Terus saya terkejut. Itulah hari paling malang bagi saya...... Lepas hari tu sayan ndak pernah sudah pakai jam dan baru saya tau rupa-rupanya itu anjing ada " MEMNUANG AIR KECIL" dekat jam saya.
Akhir kata saya ialah...... " BUAT MALU SAYA PUNGUT TU JAM BALIK ".
- TAMAT-